Monday, December 22, 2008

Keahlian Ahmad digantung

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lalu setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog.
"Seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO Pokok Sena, Halimah Hanafi turut digantung keahlian selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu diikuti dua Ahli Jawatankuasa Cawangan UMNO Bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd. Rahman yang diberikan amaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Lembaga Disiplin UMNO di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
Halimah dikenakan tindakan itu kerana membuat aduan palsu adalah kes pertama seumpamanya dikendalikan oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Ahmad Rithauddeen berkata, lima yang didapati bersalah adalah sebahagian daripada 18 ahli UMNO yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin bagi menjelaskan aduan terhadap beberapa kesalahan yang dibuat oleh mereka.
Daripada jumlah itu, katanya, 13 orang didapati tidak bersalah.
Beliau juga menjelaskan bahawa sehingga 22 Disember, jumlah aduan rasmi yang diterima adalah 865 kes dan panel penyiasatan telah pun menyiasat 224 kes, belum dimulakan siasatan (93), aduan yang perlu kepada dokumen tambahan (82), aduan kategori tiada tindakan lanjut (133).
Selain itu, katanya, sebanyak 177 aduan tidak berada di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin dan 151 aduan yang telah diterima belum diputuskan untuk siasatan.
Beliau berkata, jumlah tertuduh yang telah dipanggil untuk siasatan ialah 50 orang dan daripada jumlah itu, 23 orang didapati bersalah, 26 orang didapati tidak bersalah manakala seorang masih belum diputuskan lagi.

Cuepacs syor peraturan halang swasta IJN

KUALA LUMPUR: Cuepacs mencadangkan kerajaan mewujudkan peruntukan undang-undang menyekat Institut Jantung Negara (IJN) daripada diswastakan dan dikekalkan sebagai institusi awam dikuasai sepenuhnya kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Presidennya, Omar Osman, berkata undang-undang menjamin kedudukan IJN tetap terpelihara daripada usaha mana-mana pihak dan badan korporat yang berminat mengambil alih kepentingan institusi itu sebagai aset perniagaan mereka. Beliau berkata, pengumuman kerajaan menangguhkan pengambilalihan IJN oleh konglomerat Sime Darby dianggap keputusan bijak dan dapat meredakan rasa bimbang rakyat, tetapi ia tidak bermakna sudah muktamad mengenai masa depan institusi itu.
“Cuepacs menyokong penangguhan pengambilalihan IJN, tetapi berharap kerajaan lebih prihatin dengan menggubal undang-undang tidak membenarkan IJN diswastakan. “Yang lebih membimbangkan kita mungkin ramai yang sakit jantung mati di rumah kerana tidak mampu membayar kos rawatan terlalu tinggi di hospital swasta, apa lagi jika IJN juga diswastakan,” katanya di sini, semalam.

Lupa pengorbanan Melayu jejas hubungan kaum

PERKAUMAN kini menjadi perkataan yang semakin tabu di kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa, budaya dan agama. Kedudukan sebagai negara pelbagai kaum yang hidup dalam suasana aman, damai dan makmur, adalah faktor yang menjadikan Malaysia begitu unik dan menjadi sebutan dunia. Tetapi ia kini bagaikan ‘duri dalam daging’. Tragedi 13 Mei 1969, akan terus terpahat di minda, betapa gara-gara pertelingkahan antara kaum bukan saja menjadikan negara menjadi huru-hara dan diisytihar darurat, bahkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, terpaksa melakukan pengorbanan terbesar - melepaskan jawatan demi kesejahteraan rakyat tercinta
Hikmahnya ialah penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menstruktur semula semua masyarakat. Mengimbas kembali sejarah, tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang turut terbabit dalam penggubalan DEB berkata, kedua-dua matlamat dasar ini sebenarnya tidak pernah membabitkan isu perkauman, sebaliknya bertujuan untuk memberi agihan kekayaan sama rata kepada semua kaum di negara ini. “Ketika penggubalan dasar ini semua pihak termasuk pembangkang, malahan Lim Kit Siang turut terbabit.
“Hakikat yang perlu diketahui semua pihak ialah matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat membabitkan semua kaum, bukan sekadar membantu kaum Melayu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Isu DEB memang selalu menjadi perdebatan hangat terutama di kalangan bangsa bukan Melayu yang berasa dasar itu hanya memihak dan memberi kelebihan kepada Bumiputera, berikutan sasaran memiliki 30 peratus daripada kekayaan ekonomi negara. Bangsa lain selalu gagal atau enggan mengkaji fakta bahawa kewujudan DEB adalah kesan daripada tragedi 13 Mei. Tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan jurang kekayaan antara bangsa Cina yang menguasai bidang ekonomi negara sehingga hari ini dengan bangsa Melayu, anak pribumi yang sebelum 1970-an hidup dalam suasana bagai ‘merempat di bumi sendiri’. Selepas tiga dekad DEB dilaksanakan, rakyat pelbagai kaum kembali bersatu dan hidup dalam suasana aman, damai dan makmur, manakala Malaysia sendiri membangun dan berkembang sehingga menjadi sebuah negara yang disegani masyarakat antarabangsa.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) menamatkan dasar itu pada 1990 dan menggantikannya dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DEB berjaya mengurangkan jurang ekonomi yang wujud terutama antara Melayu dan Cina, tetapi masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan. Bagaimanapun, perasaan prejudis dan iri hati melihat bangsa Melayu semakin mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain, menyebabkan ada pihak mengapi-apikan kemarahan bangsa lain sehingga wujud frasa ‘rakyat kelas kedua’. “Apabila melihat bangsa Melayu semakin maju dan boleh berjaya terutama dalam bidang perdagangan, wujud golongan tidak puas hati yang kemudian membakar kemarahan bangsa lain dengan melonjakkan isu perkauman. “Apa yang mereka lupa ialah bangsa Cina masih menguasai lebih 70 peratus ekonomi negara ini, malahan projek yang diperoleh usahawan Melayu akhirnya lebih banyak diagihkan kepada bangsa lain,” kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Aziz Shamsuddin. Hari ini, ramai orang lupa sejarah, manakala tidak ramai generasi baru mengetahui bahawa jurang kekayaan yang amat luas antara Melayu dan Cina, adalah punca utama berlaku tragedi 13 Mei 1969. Justeru, krisis hubungan antara kaum yang berlaku hari ini, sehingga ada yang mencadangkan diwujudkan Akta Hubungan Antara Kaum, mencetus keresahan dan kebimbangan di jiwa rakyat, memberi kesan serius kepada pelabur asing serta menjejaskan imej Malaysia di gelanggang antarabangsa. Tindakan mempolitikkan isu perkauman hanya memburukkan keadaan. Perlu diingatkan semula bahawa keindahan dan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju status negara maju selama ini adalah hasil daripada semangat setia kawan dan kerjasama antara antara kaum. Sikap telus dan keterbukaan yang menjadi amalan kerajaan BN sejak akhir-akhir, patut dijadikan pentas untuk meleraikan isu perkauman dengan lebih waras dan bijak, bukannya mengambil kesempatan untuk menyemarakkan perasaan perkauman sesama rakyat. “Suka atau tidak, Melayu memang bangsa pribumi. Orang Melayu sudah menerima hakikat bahawa mereka perlu banyak beralah, mengagihkan kekayaan dan kuasa kepada bangsa lain. “Kerana itu, tidak ada sebab bangsa lain untuk berasa mereka dilayan bagai warga kelas kedua, kerana tidak pernah ada sekatan dalam memiliki kekayaan di negara ini. Malah, dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia sekarang ini hanya satu saja nama Melayu,” kata seorang tokoh politik lain. Katanya, hak dan layanan istimewa bangsa Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kini hanya sekadar di atas kertas dan ia langsung tidak menyekat mana-mana bangsa lain untuk mengaut kekayaan yang ada di bumi bertuah ini. Justeru, tindakan kumpulan pendesak supaya kerajaan menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu dan memberi hak sama rata kepada bangsa lain hanya akan mencetuskan kemarahan orang Melayu dan jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin, ia mungkin boleh menjadi barah. Setiap kaum mempunyai isu dan kemelutnya sendiri. Bagaimanapun, setiap kaum itu mempunyai pemimpin dan pentas tersendiri untuk meleraikan sebarang masalah. Bagi kerajaan BN, kewujudan parti komponen yang mewakili semua kaum di negara ini adalah resipi terbaik untuk terus menjaga hubungan antara kaum selama ini. Kejayaan semakin terserlah selepas tragedi 13 Mei.
perkasakan malaysia----diakhir tahun ini ramai yang pergi bercuti, bawa ahli keluarga sambil makan kenduri. bagi yg ada anak bersekolah sibuk menyediakan peralatan sekolah,dimana-mana kedai pakaian sekolah penuh, tetapi yg paling menarik ada tudung berlian harganya 5 sen di kuala terngganu, niat penjualnya ialah supaya orang susah pun boleh menutup aurat, tahniah kpd peniaga yg punya niat begitu, tidak seperti peniaga makanan dimana-mana pun harga makan tinggi , minyak dah turun, sekiranya MBAS boleh buka banyak gerai/warung makan di bandaraya ini alangkah baiknya, biar semua orang boleh cari makan dan buat duit, pilihan ditangan kita , dimana bersih, murah dan kemas jom pi ramai-ramai , sekurang-kurang nya dapat menjana ekonomi , hidup peniagapun jadi senang. Sekarang w/pun kenaikan barang berlaku tapi meriah, tak percaya pi tinjau kedai, pasaraya, putrajaya, cyberjaya atau seberangjaya, oleh sbb itu marilah kita hidupka bumi malaysia ini dengan harmoni, tiada demontrasi dan akan terbuktilah malaysia ku perkasa....

Monday, December 15, 2008

kerajaan prihatin

musim cuti sekolah , musim org kawin ramai org makan angin balik kampung atau jalan-jalan cari pengalaman, rasa amat gembira bila harga minyak turun lagi lebih muraah dari ketika harga lama. rakyat patut bersyukur dan sokong kerajaan yg perihatin , peka pd penyelesaian masaalah rakyat, jikaa kerajaan lain entaahlah, mereka fikir bagaimana mereka boleh jadi kaya dari menunaikan jaanji pR. kita sebagai raakyat dinegara merdeka seharusnya membantu kerajaan keika senang dan susah, supaya semua halangan dapat diatasi, jgn tahu emnghentam saja, kita kena tnya apa sumbangan kita kpd negara bukan menambahkan huruhara.
mencari terbaik dari yg baik..............toyota camry, kawan saya pagi ini bising bercakap mengenai beberapa kerajaan negeri yg ingin menukar kenderaan resmi kerajaan sedangkan banyak masaalah dalm negeri tidak diberi penyelesaiaan sep. isu sampah di bandaraaya A/star, penduduk bayar cukaai tapi pemikiran mereka lain perginya, saya tertarik dengan kisah dibelakang tabir yg diketahui umum sya. kereta itu kawan seperjuangan mereka yg punya , itu sebabnya mereka berssungguh-sungguh merealisasikan tukar kereta baru. Sepatutnya tunjuk lah contoh jadi kerajaan yg perihatin bantu masyarakat yg susah dan fikir b/mana menjadikan neg ini sifar miskin...................lu fikirlah sendiri

Tuesday, December 2, 2008

tahniah jakim- fatwa yoga

tahniah rtm- atas bicarawara jakim

Semalam saya menonton penjelasan oleh KP jakim berhubung deg. fatwa pengharaman YOGA.
Saya percaya pendengar faham dan dapat menerimanya, w/pun ramai kalangangol. atasan mengamalkanya, tetapi kerana sayangkan umat Islam supaya tidak tergelincir dari akidah Islam pastikan setiap dari kita ahli masyarakat ingat mengigati.

Spr. kata panel "kita tak mahu masyarakat yg moden semakin jauh dari agama Islam"seharusnya dengan kemodenan hari ini rakyat mudah mendapat maklumat dan lebih arif dengan hukum hakam, malangnya sebaliknya terjadi, org dahulu w/pun tidak moden mereka berpegang kuat kpd. agama, hari ini ianya berbeza................fikirlah sendiri

Monday, December 1, 2008

ingin menjadi kaya.......selepas pencen

perunding kewangan telah datang berbincang & menjelaskan dengan pjg. lebar b/mana seorg. peg. mahukaan tiap2 bulan selepas pencen nak kan pendapatannya RM<1000.00 sebulan tampa berbuat apa-apa. beliau cuma ada masa 12 tahun lagi. tolong.................

nasihat beliau tiap-tiap bulan , pertama sekali org. akan bayar hutang dulu, selepas itu jika ada baki ...belanja, sebenarnya yg paling baik ialah fikirkan tiga perkara untuk masa depan/masa tua/masa sakit ...supaya duit bekerja untuk kita.....

mari memblog dan fikir bersama.............

pengkid menjadi kerisauan............

menariknya pagi ini kawan saya merasa sedih dengan perempuan suka wanita,gadis menyukai girl, dan gadis tomboy berperasaan terhadap kawan sejenisnya, apa yg menjadi masalahnya mereka tidak terima hukum agama yg melarang perhubungan keterlaluan sesama jenis dan lelaki juga ddilarang memakai perhiasan wanita seperti gelang emas, rantai tangan/leher lelaki berpakaian wanita dan sebagainya.
Mayarakat Islam perlu memandang serios mengenai perkara ini, tetapi bukan mudah untuk membantu mereka menerima teguran membuang ssifat itu, bagaimana pun semampu kita menegur didalam hati , sedih juga, bimbang juga keselamatan kita kerana cerita danberita banyaknya jika tidak berhati-hati makan diri kita. Kepada pembesar dan pemimpin diatas perlu peka juga kadang kala perbuatan mereka menjadi ikutan sedangakan meraka telah lama hiddup dan berpengalaman.....sama-samalah kita berdoa supaya generasai hari ini berani mengubah penampilan yg lebih mencermin sifat kelakian atau kepempuanan/ kewanitaan di abad ini.............tolong komen

Sunday, November 30, 2008

kenapa pilih yoga?????? yoga bukan senaman, banyak exersise yg lebih ceria, kalau fatwa dah tolak kita jangan pandai buat fatwa sendiri, jika rosak akidah yoga tak tolong kita, merana .......
marilah kit sama-sama muhasabah baik untuk masa depan.bantu rakan yang engkar dan tambah maklumat baru dan mari kita bertukar-tukar pandangan InsyaAllah selamat.