Sunday, January 18, 2009

PR kecic Kuala Terengganu

Tahniah pada Pas yg menang, kemenangan mereka telah diduga kerana pengundi disana telah diketahui penyokong kuat Hj. hadi Awang, mereka menang kerana berjaya menguasai pemikiran pengundi, bantuan gol muda berjaya menyakinkan pengundi, w/pun tiada publisiti media, hanya memainkan CD berterusan berjaya mendapat undi lebih 2000 majoriti.
UMNO patut beelajar dari strategi PAS, tak perlu impot pembantu dari luar negeri/ daerah, guna kemudahan yg ada, rakyat sekarang bijak, dlm keadaan sekarang dilihat kerajaan membazir RM, tidak perlu hantar polis sebegitu ramai sbb kawasan ini sesama Melayu bukan kawasan DAP. Itulah kadang kala kepala orang bawah ini boleh diguna pakai berbanding dengan idea mereka yg berjawatan ...pening kepala memikirkan nya ingatkan kalah tapi Menang......tahniah lah penyokong PAS

Monday, January 12, 2009

'Kisah duka -ditangkap mencuri kerana lapar

Tersentuh perasaan saya bila membaca berita 2 anak ditangkap polis kerana kesalahan mencuri dikedai runcit setelah 4 hari tidak makan. Dari apa yg diterangkan keluaga ini asalnya kaya, malangnya kerana mereka gol yg tidak cerdik tidak dipedulikan oleh keluarga,miskipun pencuri itu bukan mereka, namun lumrah manusia bila susah mereka dihina, dituduh tanpa mendapat pembelaan yg sewajarnya, Saya terfikir kemana perginya pemimpim masyarakat tempatan yg sewajarnya datang membantu, jika menjelang raya banyaak bantuan mereka terima , tetapi hari biasa b/mana mereka untuk hidup?. Semuga Allah SWT. memberi kekuatan dan ketabahan kpd. mereka, dan InsyaAllah akan ada orag yg tergerak hati dataang menolong mereka segera.
Hari ini bahagia bagi mereka yg berada tetapi sengsara bagi mereka sentiasa dalam kesempitan dan jangan salahkan program Bersama mu jika cerita ini disiarkan di TV3.

boikot barang Israel/AS jom beli barang Malaysia

kekejaman Israel membunuh rakyat Palastine berselindung untuk menghapuskan pejuang Hamas menuntut manusia bersama membantu , tidak kira apajua bentuk sumbangan, marilah kita sama-sama memulau pembelian barangan buatan AS, lebih dari 200 jenama yg telah mereka semaikan pada kita, dengan pemulauan ini , ddiharap kita turut memberi tekanan kpd. ekonomi mereka walaupun kecil, jika semua negara di dunia berbuat demikian ia akan memberi kesan yg besar.layarilah web boikot produk Israei/AS.
Hikmah disebalik ini kita boleh kempen gunalah barangan buatan malysia dan negara jiran kita, sekurang-kurangnya kita membantu meningkatkan perniaaggaan dalam negara, membantu petani kita dan kawan-kawan peniaga Cina dan India.Langkah kerajaan memperbanyakkkan pproduk tempatan dengan menggalakkan usahawan muda, pada jangkapanjang akan membantu rakyat dan negara kita sendiri.Yg sedihnya kenapa selepas 51 th merdeka tidak ada Pasaraya besar jenama Malayssia eg. "'Khatijah supermarket atau ''manis-manis hypermarket.....fikir-kirkan lah.....

Monday, January 5, 2009

terlebih so sial

cerita terlebih sosial ini setiap hari di dedahkan oleh akhbar,remaja perempuan dengan megahnya mengaku telah terlanjur sejak berumur 10 tahun lagi, mereka terlalu bebas , lelaki jadi takut bila membaca cerita-cerita bbegini, yg hairan nya semua ini terjadi tampa diketahui ibubapa, terlalu sedih, jika di Palastine, rakyatnya bermandi darah ,lapar, sakit dan lari dari perang tetapi masyarakat kita bebas bergembira melakukan perkara yg dilarang agama,dikiraakan sahinggaini kementerian pelajaran dan kerajaan telah membelajakan berbilion ringgit demi memberi ilmu kepada rakyatnya, namun sebaliknya berlaku, kita melaungkan kerajaan prihatin, pemurah, sepatutnya tiada lagi yg miskin .......oleh itu fikirlah sendiri, baik ibubapa, pemimpin lelaki/wanita dan diri sendiri tua atau muda.Selamat menyambut tahun baru dan azam baru yg tidak mencacatkan fikiran dan kesihatan kita.

Monday, December 22, 2008

Keahlian Ahmad digantung

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lalu setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog.
"Seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO Pokok Sena, Halimah Hanafi turut digantung keahlian selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu diikuti dua Ahli Jawatankuasa Cawangan UMNO Bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd. Rahman yang diberikan amaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Lembaga Disiplin UMNO di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
Halimah dikenakan tindakan itu kerana membuat aduan palsu adalah kes pertama seumpamanya dikendalikan oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Ahmad Rithauddeen berkata, lima yang didapati bersalah adalah sebahagian daripada 18 ahli UMNO yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin bagi menjelaskan aduan terhadap beberapa kesalahan yang dibuat oleh mereka.
Daripada jumlah itu, katanya, 13 orang didapati tidak bersalah.
Beliau juga menjelaskan bahawa sehingga 22 Disember, jumlah aduan rasmi yang diterima adalah 865 kes dan panel penyiasatan telah pun menyiasat 224 kes, belum dimulakan siasatan (93), aduan yang perlu kepada dokumen tambahan (82), aduan kategori tiada tindakan lanjut (133).
Selain itu, katanya, sebanyak 177 aduan tidak berada di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin dan 151 aduan yang telah diterima belum diputuskan untuk siasatan.
Beliau berkata, jumlah tertuduh yang telah dipanggil untuk siasatan ialah 50 orang dan daripada jumlah itu, 23 orang didapati bersalah, 26 orang didapati tidak bersalah manakala seorang masih belum diputuskan lagi.

Cuepacs syor peraturan halang swasta IJN

KUALA LUMPUR: Cuepacs mencadangkan kerajaan mewujudkan peruntukan undang-undang menyekat Institut Jantung Negara (IJN) daripada diswastakan dan dikekalkan sebagai institusi awam dikuasai sepenuhnya kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Presidennya, Omar Osman, berkata undang-undang menjamin kedudukan IJN tetap terpelihara daripada usaha mana-mana pihak dan badan korporat yang berminat mengambil alih kepentingan institusi itu sebagai aset perniagaan mereka. Beliau berkata, pengumuman kerajaan menangguhkan pengambilalihan IJN oleh konglomerat Sime Darby dianggap keputusan bijak dan dapat meredakan rasa bimbang rakyat, tetapi ia tidak bermakna sudah muktamad mengenai masa depan institusi itu.
“Cuepacs menyokong penangguhan pengambilalihan IJN, tetapi berharap kerajaan lebih prihatin dengan menggubal undang-undang tidak membenarkan IJN diswastakan. “Yang lebih membimbangkan kita mungkin ramai yang sakit jantung mati di rumah kerana tidak mampu membayar kos rawatan terlalu tinggi di hospital swasta, apa lagi jika IJN juga diswastakan,” katanya di sini, semalam.

Lupa pengorbanan Melayu jejas hubungan kaum

PERKAUMAN kini menjadi perkataan yang semakin tabu di kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa, budaya dan agama. Kedudukan sebagai negara pelbagai kaum yang hidup dalam suasana aman, damai dan makmur, adalah faktor yang menjadikan Malaysia begitu unik dan menjadi sebutan dunia. Tetapi ia kini bagaikan ‘duri dalam daging’. Tragedi 13 Mei 1969, akan terus terpahat di minda, betapa gara-gara pertelingkahan antara kaum bukan saja menjadikan negara menjadi huru-hara dan diisytihar darurat, bahkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, terpaksa melakukan pengorbanan terbesar - melepaskan jawatan demi kesejahteraan rakyat tercinta
Hikmahnya ialah penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menstruktur semula semua masyarakat. Mengimbas kembali sejarah, tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang turut terbabit dalam penggubalan DEB berkata, kedua-dua matlamat dasar ini sebenarnya tidak pernah membabitkan isu perkauman, sebaliknya bertujuan untuk memberi agihan kekayaan sama rata kepada semua kaum di negara ini. “Ketika penggubalan dasar ini semua pihak termasuk pembangkang, malahan Lim Kit Siang turut terbabit.
“Hakikat yang perlu diketahui semua pihak ialah matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat membabitkan semua kaum, bukan sekadar membantu kaum Melayu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Isu DEB memang selalu menjadi perdebatan hangat terutama di kalangan bangsa bukan Melayu yang berasa dasar itu hanya memihak dan memberi kelebihan kepada Bumiputera, berikutan sasaran memiliki 30 peratus daripada kekayaan ekonomi negara. Bangsa lain selalu gagal atau enggan mengkaji fakta bahawa kewujudan DEB adalah kesan daripada tragedi 13 Mei. Tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan jurang kekayaan antara bangsa Cina yang menguasai bidang ekonomi negara sehingga hari ini dengan bangsa Melayu, anak pribumi yang sebelum 1970-an hidup dalam suasana bagai ‘merempat di bumi sendiri’. Selepas tiga dekad DEB dilaksanakan, rakyat pelbagai kaum kembali bersatu dan hidup dalam suasana aman, damai dan makmur, manakala Malaysia sendiri membangun dan berkembang sehingga menjadi sebuah negara yang disegani masyarakat antarabangsa.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) menamatkan dasar itu pada 1990 dan menggantikannya dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DEB berjaya mengurangkan jurang ekonomi yang wujud terutama antara Melayu dan Cina, tetapi masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan. Bagaimanapun, perasaan prejudis dan iri hati melihat bangsa Melayu semakin mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain, menyebabkan ada pihak mengapi-apikan kemarahan bangsa lain sehingga wujud frasa ‘rakyat kelas kedua’. “Apabila melihat bangsa Melayu semakin maju dan boleh berjaya terutama dalam bidang perdagangan, wujud golongan tidak puas hati yang kemudian membakar kemarahan bangsa lain dengan melonjakkan isu perkauman. “Apa yang mereka lupa ialah bangsa Cina masih menguasai lebih 70 peratus ekonomi negara ini, malahan projek yang diperoleh usahawan Melayu akhirnya lebih banyak diagihkan kepada bangsa lain,” kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Aziz Shamsuddin. Hari ini, ramai orang lupa sejarah, manakala tidak ramai generasi baru mengetahui bahawa jurang kekayaan yang amat luas antara Melayu dan Cina, adalah punca utama berlaku tragedi 13 Mei 1969. Justeru, krisis hubungan antara kaum yang berlaku hari ini, sehingga ada yang mencadangkan diwujudkan Akta Hubungan Antara Kaum, mencetus keresahan dan kebimbangan di jiwa rakyat, memberi kesan serius kepada pelabur asing serta menjejaskan imej Malaysia di gelanggang antarabangsa. Tindakan mempolitikkan isu perkauman hanya memburukkan keadaan. Perlu diingatkan semula bahawa keindahan dan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju status negara maju selama ini adalah hasil daripada semangat setia kawan dan kerjasama antara antara kaum. Sikap telus dan keterbukaan yang menjadi amalan kerajaan BN sejak akhir-akhir, patut dijadikan pentas untuk meleraikan isu perkauman dengan lebih waras dan bijak, bukannya mengambil kesempatan untuk menyemarakkan perasaan perkauman sesama rakyat. “Suka atau tidak, Melayu memang bangsa pribumi. Orang Melayu sudah menerima hakikat bahawa mereka perlu banyak beralah, mengagihkan kekayaan dan kuasa kepada bangsa lain. “Kerana itu, tidak ada sebab bangsa lain untuk berasa mereka dilayan bagai warga kelas kedua, kerana tidak pernah ada sekatan dalam memiliki kekayaan di negara ini. Malah, dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia sekarang ini hanya satu saja nama Melayu,” kata seorang tokoh politik lain. Katanya, hak dan layanan istimewa bangsa Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kini hanya sekadar di atas kertas dan ia langsung tidak menyekat mana-mana bangsa lain untuk mengaut kekayaan yang ada di bumi bertuah ini. Justeru, tindakan kumpulan pendesak supaya kerajaan menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu dan memberi hak sama rata kepada bangsa lain hanya akan mencetuskan kemarahan orang Melayu dan jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin, ia mungkin boleh menjadi barah. Setiap kaum mempunyai isu dan kemelutnya sendiri. Bagaimanapun, setiap kaum itu mempunyai pemimpin dan pentas tersendiri untuk meleraikan sebarang masalah. Bagi kerajaan BN, kewujudan parti komponen yang mewakili semua kaum di negara ini adalah resipi terbaik untuk terus menjaga hubungan antara kaum selama ini. Kejayaan semakin terserlah selepas tragedi 13 Mei.